Tuesday, April 10, 2007

Buah Naga@Dragon Fruit



Pokok naga ini berasal dari Mexico Selatan, Costa Rica,Pasifik Guatemala dan E Salvador. Tanaman ini dibawa ke Taiwan dan mula ditanam secara kormersil di Taiwan, Vietnam dan Utara Thailand. Kebanyakanya adalah dari isi yang berwarna putih. Di Malaysia buah naga mula ditanam secara kormersil sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pokok dari spesis isi bewarna merah adalah paling sesuai dengan cuaca di Malaysia.



Di Malaysia, pokok ini dipanggil dengan nama pokok naga atau buah naga. Nama saintifiknya ialah Hylocereus undatus. Pokok ini merupakan salah satu daripada spesis kaktus. Ianya mengeluarkan buah dan bunga yang cantik. Bunganya dikenali sebagai cereus atau kembangan malam. Bunga pokok ini cuma kembang pada waktu malam dan akan layu selepas mendapat cahaya matahari. Buahnya dikenali sebagai Pitahaya. Terdapat 3 jenis iaitu isi bewarna kuning, putih dan merah.

No comments: